24 April 2015 by Administrator

Pilot
Menjadi Juruterbang
Tidak kira sama ada anda ingin menerbangkan pesawat kecil pada hujung minggu, atau Boeing 737 setiap hari untuk syarikat penerbangan, proses yang perlu anda lalui adalah sama. Anda perlu mengenali diri sendiri dan pesawat, mengetahui cuaca, persekitaran penerbangan dan peraturan yang dipatuhi oleh juruterbang bagi memastikan penerbangan mereka selamat. Kemahiran yang anda mesti pelajari bergantung pada jenis juruterbang yang anda ingin jadi.
Baca dengan Lebih Lanjut » FAQ »

 

Menjadi Pengawal Trafik Udara
Kawalan Trafik Udara merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan bagi mewujudkan aliran trafik yang selamat, teratur serta cepat dan efisien dalam Ruang Udara Malaysia. Perkhidmatan trafik udara sentiasa dibangunkan bagi memenuhi keperluan zaman jet moden yang semakin meningkat dan memerlukan Pengawal Trafik Udara (ATCO) berkemahiran yang mempunyai peralatan elektronik yang sangat canggih bagi membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan.
Baca dengan Lebih Lanjut » FAQ »
Air Traffic Controller

 

DSC_3890
Peperiksaan
Penjelasan tentang proses peperiksaan diberikan kepada calon di setiap stesen peperiksaan. Calon yang menduduki peperiksaan di Pusat Peperiksaan DCA buat pertama kali dinasihatkan supaya membaca Panduan Calon sebelum menduduki peperiksaan.
Baca dengan Lebih Lanjut » Keputusan Peperiksaan