24 February 2015 by Administrator

DrManjit

Dr Manjit Singh A/L Seva Singh
Pengarah Akademi Penerbangan Malaysia
Tel. : 603 – 8777 9000
Faks : 603 – 8787 1550
E-mel : manjit[at]dca[dot]gov[dot]my

PROFIL

Arahan formal pengawal trafik udara hanya bermula dari tahun 1950an hingga ke 1960-an, dalam bentuk kelas-kelas sementara secara ad-hoc yang dikendalikan oleh pengawal-pengawal kanan.  Sebelum ini, latihan dijalankan sewaktu bekerja dan pelantikan dibuat berdasarkan kecekapan. Selepas tahun 1960an, beberapa pengawal dihantar ke luar negara. Berikutan keperluan yang semakin bertambah untuk melatih pengawal secara tempatan, sebuah Pusat Latihan Penerbangan Awam telah didirikan di Lapangan Terbang Paya Lebar di Singapura.

Perpisahan Singapura daripada Malaysia membawa kepada penyusunan semula pentadbiran penerbangan awam.  Encik. A. Parker, pakar Colombo Plan dari Australia dan dua perunding lain; S. Hill (ATC) dan Mathisen (Perkhidmantan Kebakaran) membantu mendirikan pusat latihan di bawah Australian Aid Program.  Pada 21 September 1969, Pusat Latihan Penerbangan Awam (CATC – Civil Aviation Training Centre) telah ditubuhkan dengan dua cawangan, khususnya ‘the School of Air Traffic Services’ dan ‘the School of Aerodrome Fire and Rescue Services’. CATC ditempatkan buat sementara waktu bersebelahan dengan bangunan terminal utama di Subang, di bangunan-bangunan yang pada asalnya dibina sebagai stesen kuarantin.

Kumpulan pelatih ATC pertama lulus dari CATC pada 25 April 1970. Simulator RADAR pertama telah dipasang pada tahun 1974. Menjelang akhir 1970an, CATC telah mula sesak dan perancangan telah dijalankan untuk memperluaskan bangunan terminal tersebut, justeru itu, membawa kesan kepada CATC, terutamanya latihan AFRS. Pihak kerajaan telah meluluskan pelan pembangunan 2 fasa untuk CATC. Fasa 1 terdiri daripada 4 blok yang diperbuat daripada kayu, dibina di atas anak bukit merentasi jalan dari bangunan terminal di Subang. Fasa kedua melibatkan pembinaan struktur-struktur kekal dan blok-blok yang diperbuat daripada kayu telah ditukarkan kepada hostel bagi para pelatih. Fasa pertama pelan dilaksanakan dan kolej baru dibuka secara rasmi pada 1 Januari 1981 dan dinamakan semula ‘Civil Aviation College’ (CAC).  Kolej tersebut dikecilkan dari segi saiz pada bulan Oktober 1992, apabila operasi lapangan terbang diswastakan. Sekolah AFRS berpindah ke Pulau Pinang untuk menyertai Pusat Latihan Keselamatan, dan menjadi sebahagian daripada operator lapangan terbang, pusat latihan Malaysia Airports Berhad.

Pada tahun 1996, dalam persiapan untuk pembukaan lapangan terbang baru KLIA di Sepang, dan penyusunan semula  serentak struktur ruang udara Kuala Lumpur FIR, satu jadual latihan secara besar-besaran diperlukan untuk melatih ramai pengawal baru di samping melatih semula semua pengawal semasa. Atas sebab kolej tersebut tidak berkemampuan menampung bilangan peserta yang sedemikian, latihan tersebut telah dikontrak kepada IAL-Serco dan Airspace Management Services (usaha sama antara sebuah syarikat tempatan dan Ambidji dari Australia).

Fasa kedua kompleks latihan tetap hanya direalisasikan pada tahun 2009. Bangunan-bangunan baharu di Sepang kini beroperasi.  Keperluan-keperluan latihan sebelumnya, serentak dengan pembukaan KLIA telah membawa kepada perolehan dua simulator radar baharu dengan lebih 25 Nod, sebilangan  simulator Bukan Radar dan 3 unit Simulator Aerodrom 2-D dan satu unit  Simulator Aerodrom 360 Darjah. Peralatan ini ditempatkan di kampus cawangan CAC di Taman SEA, Petaling Jaya.

Dengan penempatan semula ke Sepang, lebih banyak simulator dan sumber-sumber latihan lain akan ditambah.  MAVA dilengkapi dengan rangkaian kemudahan yang menyeluruh untuk menjalankan semua kursus yang diperlukan termasuk melatih Pengawal bertaraf dunia bagi menyediakan perkhidmatan ATM di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

FUNGSI

MAVA menyediakan latihan berhubung dengan penerbangan untuk memenuhi keperluan-keperluan negara dan antarabangsa; untuk kakitangan operasi dan pengurusan.

PROGRAM & AKITIVITI

Aktiviti-aktiviti utama MAVA adalah berkaitan dengan latihan pengawal Trafik Udara, yang mematuhi piawaian antarabangsa dan teknik-teknik terkini. Latihan pengawal termasuk suatu rangkaian kursus dari latihan ab-initio bagi rekrut baharu ke kursus-kursus lanjutan yang diperlukan untuk menyediakan Perkhidmatan Trafik Udara di Malaysia. Penjadualan kursus ATC diselaraskan dengan Sektor ATM berasaskan keperluan.

Kursus-kursus pengurusan lain berkaitan dengan penerbangan akan dijalankan ke arah membangunkan MAVA sebagai pusat kecemerlangan untuk latihan.  MAVA juga mengambil bahagian dalam Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) dan menyediakan latihan untuk peserta antarabangsa di bawah payung ICAO.

Program-program latihan yang berikut dijalankan di MAVA:

  • Primary ATC
  • Kursus Kawalan Aerodrom
  • Kursus Approach Procedure Control
  • Kursus Approach Radar Control
  • Kursus Approach Radar Control (Pertukaran)
  • Kursus Area Procedure Control
  • Kursus Area Radar Control
  • Kursus Pengurusan Aliran Trafik Udara
  • Penyelaras Misi Cari dan Selamat (SAR MC)
  • Perkhidmatan Tetap Aeronautik
  • Perkhidmatan Mudah Alih Aeronautik / HF
  • Sistem Pensuisan Mesej Automatik
  • Teknik Pengajaran Asas
  • Latihan Laluan RVSM / RNAV
  • Bahasa Inggeris Teknikal Pengautomatikan ATC
  • Penerbangan
  • Had Pelepasan Halangan

Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP)

Dilaksanakan sejak tahun 1980, MTCP dirumuskan berasaskan kepercayaan bahawa pembangunan sesebuah negara bergantung pada kualiti sumber manusianya. Program ini menggabungkan pelbagai bentuk kerjasama teknikal yang ditawarkan oleh Malaysia kepada negara-negara membangun yang lain, sejak tahun 1960an dan mengatur aktiviti-aktiviti kerjasama teknikal secara sistematik dan mampan. Dengan itu, MTCP menekankan pembangunan bahagian sumber manusia melalui peruntukan latihan dalam pelbagai bidang yang sangat penting kepada perkembangan sesebuah negara seperti pentadbiran masyarakat, pembangunan pertanian, pembangunan perancangan, pengurangan kemiskinan, penggalakan pelaburan, bank berpusat dan Bahasa Inggeris.

Melalui usaha-usaha kerjasama ini, hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara ahli  MTCP telah diperkasakan, dengan sokongan besar kepada falsafah Malaysia mempromosi perkongsian-perkongsian pintar, kerjasama serantau seperti ASEAN-East Asia dan suatu kedudukan bersatu Selatan-Selatan. MTCP dilaksanakan melalui beberapa program kerjasama seperti latihan dalam kursus jangka pendek dan jangka panjang; lawatan belajar dan latihan amali sambil bekerja; perkhidmatan nasihat melalui penghantaran ahli pakar; dan sokongan berasaskan projek yang termasuk peruntukan peralatan dan berbentuk sokongan berdasarkan pemilihan ketat dan berdasarkan kes-kes tertentu.

CAC menjadi institusi yang ditetapkan untuk mengendalikan latihan khusus dalam bidang kepakarannya – Penerbangan Awam secara am, tetapi lebih pengkhususan dalam bidang Pengurusan Trafik Udara. Kursus antarabangsa yang pertama dikendalikan pada tahun 1984 oleh AFRS School. Kursus antarabangsa yang pertama telah dikendalikan oleh School of ATC pada tahun 1989 bagi operator rangkaian telekomunikasi tetap Aeronautik (AFTN). Pada tahun 1989, kursus ATC yang pertama, kursus An Approach Control (Non Radar) telah dijalankan.

Sejak tahun 1989, CAC telah melatih lebih daripada 300 pengawal dari 44 negara dalam suatu rangkaian kursus ATC.  Setakat tahun 2008, MAVA meneruskan program ini sebagai institusi latihan yang ditetapkan.