24 February 2015 by Administrator

taysiewhuang

Tay Siew Huang
Pengarah Bahagian Inspektorat Trafik Udara
Tel.: +603 8871 4215
Faks: +603 8871 4333
E-mel: taysh[at]dca[dot]gov[dot]my

 

PROFIL

Pada tahun 1985, Unit Inspektorat ditubuhkan, di bawah Bahagian Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara, DCA dengan matlamat untuk memastikan bahawa Pegawai Kawalan Trafik Udara (PKTU) mempunyai pengetahuan, pengalaman, kecekapan, kemahiran, kecergasan fizikal dan mental selaras dengan piawaian yang termaktub dalam ICAO Annex 1 to the Chicago Convention – Personnel Licensing. Walau bagaimanapun, hanya fungsi peperiksaan kawalan trafik udara ( KTU ) dikendalikan oleh Unit tersebut disebabkan oleh beberapa kekangan pada masa itu. Berikutan itu, pelesenan PKTU bermula pada tahun 1992; peruntukan ini (Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 1996, peraturan 92) merangkumi semua  PKTU di DCA, termasuk Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), khususnya bagi PKTU yang mengawal trafik awam. Memandangkan aktiviti-aktiviti Unit yang melibatkan skop fungsi kerja dan tanggungjawab kian bertambah, Unit tersebut telah dinaikkan taraf kepada sebuah Bahagian pada tahun 2002. Bahagian Inspektorat Perkhidmatan Trafik Udara (ATS) terdiri daripada PKTU yang berkelayakan dan terpilih berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan atribut kerja spesifik. Hasil lanjutan dari Universal Safety Oversight Audit Programme (USOAP) pada tahun 2005, selain kawalselian ATS, fungsi dan tanggungjawab Bahagian Inspektorat ATS diperluaskan untuk merangkumi bidang-bidang lain dalam perkhidmatan navigasi udara (ANS), iaitu Procedures for ANS-Aircraft Operations (PANS-OPS), Aeronautical Information Services (AIS), Aeronautical Charts (CHART), Communication Navigation and Surveillance (CNS), Aeronautical Meteorology (MET) dan Search and Rescue (SAR). Sehubungan itu, nama baru bahagian iaitu Bahagian Inspektorat Trafik Udara (BIT)  kini mempunyai tanggungjawab kawalselia untuk memastikan bahawa pemberi ANS  melaksanakan segala peruntukan berhubung dengan ANS mengikut perundangan Negara dan ICAO Annexes, khususnya ICAO Annex 1 – Personnel Licensing (berkaitan pelesenan ATC dan ATC-ATO sahaja), Annex 2 Rules of the Air, Annex 3 Meteorological service for International air navigation, Annex 4 Aeronautical Charts, Annex 10 Aeronautical Telecommunications, Annex 11 ATS, Annex 12 SAR, Annex 15 AIS, dan termasuk Annex 15 Units of Measurement to be used in Air and Ground Operations.

Pada April 2015, tanggungjawab kawalselia BIT diselaraskan bagi memberi fokus terhadap fungsi kawalselia pemberi ANS dalam bidang ATS, PANS-OPS, AIS, CHART, MET dan SAR; di mana CNS di kawalselia oleh Bahagian Piawaian Lapangan Terbang, DCA. Sehubungan itu, Annexes ICAO yang berkaitan dengan tanggungjawab kawalselia BIT adalah Annexes 1 (ATS dan ATC-ATO sahaja), 2, 3, 4 (Instrument Charts sahaja), 11, 12, 15 dan 19 Safety Management (ATS sahaja).

FUNGSI

Bahagian Inspektorat Trafik Udara (BIT)  adalah badan kawalselia yang menyelia peruntukan ANS oleh pemberi ANS untuk memastikan pematuhan dengan perundangan nasional, terutamanya Akta Penerbangan Awam 1969 dan Peraturan Penerbangan Awam  2016, serta  ICAO Annexes to the Chicago Convention berkaitan dan ICAO Docs.

PROGRAM & AKTIVITI

BIT menetapkan piawaian/peruntukan ANS, dan menjalankan aktiviti kawalseliaan serta pemantauan yang bertujuan utama untuk mengawal atur pemberi ANS. ANS Regulatory Manual mengandungi keperluan-keperluan dan prosedur-prosedur mengenai peruntukan ANS, yang terutamanya berdasarkan standards and recommendations (SARPs) dari ICAO Annexes to the Chicago Convention, lain-lain dokumen ICAO dan amalan terbaik (best practices) seperti yang ditetapkan oleh BIT yang akan digunapakai di Malaysia. Dari masa ke semasa, BIT boleh menambah (supplement) piawaian ANS ini dalam bentuk penerbitan seperti Air Traffic Inspectorate Directives (ATIDs) atau Aeronautical Information Circulars (AICs). Di mana wajar, penerbitan tersebut akan dimasukkan ke dalam Manual melalui pindaan (amendment).

(1) Audit / Pemeriksaan Pemantauan (Safety Oversight Audit / Inspection) terhadap pemberi ANS dijalankan untuk mengawalselia peruntukan ANS secara berkesan. BIT menjadualkan audit / pemeriksaan rasmi secara berkala, juga termasuk cara rambang (random) seperti mana dan apabila diperlukan, tanpa sebarang pemberitahuan awal kepada penberi ANS. Pengauditan menggunakan soalan protokol (protocol questions) dan senarai semakan pematuhan (compliance checklists) untuk menilai tahap pematuhan terhadap perundangan  Negara, dan ICAO Annexes to the Chicago Convention, lain-lain dokumen ICAO dan amalan terbaik (best practices).

(2) Aktiviti-aktiviti Peperiksaan ATC termasuk semua kursus ATC di organisasi-organisasi latihan ATC yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam (DGCA) dan peperiksaan ATC di unit-unit ATS yang mengawal trafik awam. Walau bagaimanapun, beberapa fungsi diwakilkan kepada Pegawai Pemeriksa ATC yang dilantik bagi tempoh dua tahun oleh DGCA.

(3) Peruntukan Pelesenan ATC diisytiharkan dalam Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. BIT adalah pihak berkuasa bagi pengeluaran, pembaharuan, pengendorsan dan pengesahan Lesen ATC mengikut ICAO Annex 1 to the Chicago Convention – Personnel Licensing.

(4) Penilaian Perubatan Kelas 3
Untuk PKTU, sebagai sebahagian daripada pra-syarat untuk Lesen ATC, hanya akan dikeluarkan oleh Designated Aviation Medical Examiner (DAME). BIT mengekalkan satu pangkalan data yang lengkap tentang maklumat pelesenan bagi semua pemegang lesen.

(5) Penilaian Kefasihan Bahasa Inggeris (English Language Proficiency – ELP) diperlukan untuk PKTU yang mesti memenuhi keperluan minimum bagi tahap kefasihan untuk komunikasi radiotelephony iaitu Tahap 4 mengikut ICAO Annex 1 to the Chicago Convention – Personnel Licensing. Berkuatkuasa 31 Mac 2011, Lesen ATC tidak akan dikeluarkan atau diperbaharui kecuali diluluskan dan dibenarkan oleh DGCA.

(6) Penyiasatan Kejadian ATC dijalankan untuk kejadian ATC yang berhubung kait dengan keselamatan (safety) untuk menilai keberkesanan sistem ATC dan komponen-komponennya, di samping menyarankan tindakan mitigasi untuk meningkatkan safety. Proses penyiasatan termasuk Panel Kajian Semula Kejadian (Incident Review Panel – IRP), Lembaga Penyiasatan (Board of Inquiry – BOI) dan Lembaga Kajian Semula Keselamatan (Safety Review Board – SRB).