24 February 2015 by Administrator

DrZainul

Dr Zainul Fuad Mohd Wahi
Pengarah Bahagian Standard Lapangan Terbang
Tel.: +603 8871 4001
Faks: +603 8871 4335
E-mel: zainul[at]dca[dot]gov[dot]my

PROFIL

Piawaian keselamatan dan kecekapan yang perlu dipatuhi oleh para pemilik aerodrom dan/atau operator dibentangkan sebagai Piawaian dan Amalan yang Disyorkan [SARPS – Standards and Recommended Practic], Lampiran 14 dari Convention on International Civil Aviation and Aerodrome Directives yang diterbitkan oleh Jabatan Penerbangan Awam. Ia membentuk asas bagi penilaian untuk pensijilan, pelesenan dan pendaftaran aerodrom, dengan mengambil kira skala dan skop aktiviti penerbangan yang akan mengambil tempat di aerodrom. Semua aspek aerodrom dan pengurusannya yang mempunyai kesan terhadap keselamatan aeronautik akan dipertimbangkan.

Bahagian Piawaian Lapangan Terbang bekerja rapat bersama para pemilik dan/atau operator aerodrom untuk menghasilkan sistem-sistem pengurusan keselamatan yang efisien untuk mengekalkan, dan di mana wajar, meningkatkan tahap keselamatan berlatarkan ramalan perkembangan dan permintaan industri penerbangan.

FUNGSI

Peranan utama Bahagian Piawaian Lapangan Terbang adalah untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti aerodrom dalam memastikan operasi yang selamat dan cekap untuk keselamatan masyarakat di sekitar aerodrom.

PROGRAM & AKITIVITI

Pensijilan Aerodrom [Borang Permohonan AD103/CERT/APL1]
Bahagian Piawaian Lapangan Terbang memastikan bahawa mana-mana aerodrom yang dibuka kepada operasi pengangkutan awam mesti menepati keperluan-keperluan Lampiran 14 dari aspek kemudahan dan spesifikasi.

Pelesenan Operator Aerodrom [Borang Permohonan DCA/AD/L/001]
Memastikan bahawa pemilik atau operator aerodrom yang dibuka kepada operator pengangkutan awam mematuhi piawaian yang ditetapkan Akta Penerbangan Awam 1969 Seksyen 5A dan Seksyen 24A.

Pendaftaran Aerodrom [Borang Permohonan OL/APL1]
Aerodrom persendirian yang tidak berlesen mesti didaftarkan untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan-keperluan keselamatan yang minimum untuk pesawat di aerodrom, dan masyarakat awam serta harta benda di sekitarnya.

Pembangunan Aerodrom
Bahagian ini menawarkan panduan dan nasihat mengenai pembangunan aerodrom perdagangan dan bukan perdagangan untuk memastikan pengamalan Piawaian Antarabangsa dan Amalan yang Disyorkan dengan sewajarnya, di samping keperluan-keperluan keselamatan yang lain.

Kelulusan Denotasi Halangan 
Menyediakan panduan dan nasihat mengenai kawalan halangan, dalam dan di sekitar  aerodrom, dan pengamalan Piawaian Antarabangsa dan Amalan yang Disyorkan dengan sewajarnya mengenai penandaan dan pencahayaan halangan.

Pengesahan Prestasi CNS
Piawaian-piawaian ini digunakan untuk komunikasi, navigasi dan kemudahan pengawasan yang dibekalkan untuk menyokong navigasi udara mengikut Piawaian Antarabangsa dan  Amalan yang Disyorkan.

Nasihat Operasi Aerodrom
Menyediakan panduan dan nasihat mengenai perkara-perkara yang meliputi operasi aerodrom mengikut Piawaian Antarabangsa dan Amalan yang Disyorkan, dan keperluan-keperluan keselamatan yang lain.