24 February 2015 by Administrator

 

AbdRahman2

Hj. Abdul Rahman Bin Mahat
Pengarah Bahagian Keselamatan Penerbangan
Tel. : 603 – 8871 4005
Faks : 603 – 8871 4052
E-mel : rahman[at]dca[dot]gov[dot]my

PROFIL

Kemalangan pesawat di Tanjung Kupang pada tahun 1978 telah mendorong penubuhan Unit Keselamatan Penerbangan sebagai sebahagian daripada Bahagian Piawaian Lapangan Terbang Airport.  Cabaran-cabaran dan ancaman-ancaman terhadap keselamatan penerbangan yang tersorot oleh kejadian 11 September pada tahun 2001 dan AVSEC dinaikkan taraf kepada sebuah Bahagian pada tahun 2002.

FUNGSI

Bahagian Keselamatan Penerbangan bertanggungjawab untuk melindungi penerbangan awam antarabangsa dan tempatan daripada tindakan-tindakan gangguan yang menyalahi undang-undang, seperti dipandu oleh Lampiran 9, 17 dan 18 ICAO, serta DOC 8973 dan DOC 9284.

PROGRAM & AKITIVITI

Program Keselamatan Penerbangan dihasilkan oleh organisasi-organisasi berkaitan untuk memastikan bahawa tahap langkah-langkah keselamatan di lapangan terbang dan di tempat-tempat pelaksanaan yang penting memenuhi undang-undang tempatan dan piawaian ICAO.   Ini termasuk keperluan keselamatan semasa pembinaan dan pengubahsuaian lapangan terbang. Program tersebut mendefinisikan undang-undang, piawaian dan peraturan keselamatan penerbangan yang berkaitan dengan Program Keselamatan Syarikat Penerbangan yang berasaskan peraturan NCASP dan ICAO.  Bahagian tersebut juga mengkaji semula prosedur kendalian piawai unit-unit keselamatan dan menilai Pelan-pelan Kontingensi.

Pengangkutan Barangan Berbahaya melalui Udara mesti mematuhi semua undang-undang, piawaian dan peraturan seperti yang disebutkan oleh ICAO.  Bahagian AVSEC memproses dan memberi kelulusan berhubung dengan pengangkutan barangan berbahaya seperti bahan-bahan radioaktif, senjata, amunisi dan letupan.  Pengajian semula undang-undang dan pengauditan operasi dijalankan secara berkala untuk memastikan keselamatan.

Fungsi siasatan yang dijalankan oleh Bahagian ini meliputi gangguan yang menyalahi undang-undang dan kejadian-kejadian yang berhubung dengan pengangkutan barangan berbahaya melalui udara.

Maklumat risikan mengenai isu-isu keselamatan penerbangan dari sumber-sumber rasmi dan yang boleh dipercayai dikumpulkan, diproses, disaring dan diedarkan, untuk membantu mencegah aktiviti-aktiviti penyeludupan.

Pensijilan Latihan mengendors institusi-institusi dan program-program yang berasaskan Program Latihan Keselamatan Negara.  Seterusnya, Bahagian ini juga memberi pensijilan kepada kakitangan keselamatan penerbangan sebagai kompeten untuk menjalankan fungsi-fungsi penyaringan penumpang.

Program-program Audit Tahunan dijalankan untuk organisasi-organisasi yang berhubung dengan operasi yang berhubung rapat dengan keselamatan penerbangan, seperti Ejen Terkawal, syarikat penyajian, pengendali di darat, institusi-institusi latihan, penerbangan kebangsaan dan syarikat-syarikat pengangkutan udara. Bahagian ini akan berhubung dengan organisasi-organisasi ini untuk menjalankan tinjauan, pemerhatian dan pengujian.

Keahlian Jawatankuasa pegawai-pegawai AVSEC termasuk:

  1. Pengerusi Program Latihan Marsyal Udara.
  2. Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Penerbangan Awam Negara.
  3. Ahli Jawatankuasa Keselamatan KLIA.
  4. Ahli Working Group for Transportation of Dangerous Goods dikendalikan oleh SIRIM Berhad.
  5. Ahli Working Group for Transportation of Dangerous Goods (SEA) oleh SIRIM Berhad.
  6. APEC Transportation Working Group.
  7. Jawatankuasa Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
  8. Ahli Security Control on Atomic and Radioactive Source dikendalikan oleh LPTA.
  9. Cooperative Aviation Security Programme-South East Asia (CASP-SEA).