24 February 2015 by Administrator

 

 

Vacant
Pengarah Sektor Operasi Penerbangan
Tel. : +603 8871 4027
Faks: +603 8871 4334
E-mel : –

 

PROFIL

Bahagian  Operasi Penerbangan ditubuhkan  pada awal tahun 1970an untuk mengurus semua perkara mengenai pelesenan, keselamatan terbang dan penentukuran.  Penstrukturan semula  organisasi DCA pada tahun 1992 memperlihatkan Unit Keselamatan Terbang dinaikkan taraf kepada bahagian yang berasingan untuk menjalankan peranan-peranan dan tanggungjawab-tanggungjawab yang semakin bertambah berkaitan dengan pensijilan operator udara. Buat masa kini, Bahagian Operasi Penerbangan telah dinaikkan taraf kepada sebuah Sektor.

FUNGSI

Fungsi Sektor ini adalah untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti operasi penerbangan termasuk pelesenan krew penerbangan dan pensijilan operator udara/darat. Bahagian Penentukuran Penerbangan sektor ini menyediakan perkhidmatan penentukuran bantuan navigasi secara tempatan dan serantau.

PROGRAM DAN AKTIVITI

Pelesenan Krew Penerbangan dikuatkuasakan terhadap para juruterbang untuk pelbagai kategori dan jenis-jenis penarafan.  Aktiviti ini termasuk pengeluaran, pembaharuan dan pengesahan lesen-lesen juruterbang dan jurutera penerbangan.  Lesen juruterbang yang diproses ialah Lesen Penerbangan Persendirian (PPL), Lesen Juruterbang Perdagangan (CPL) dan Lesen Juruterbang Pengangkutan Udara (ATPL).  Terma-terma digunapakai untuk conversion of foreign licence oleh warganegara Malaysia dan validation of foreign licence untuk bukan warganegara Malaysia.  Sila layari FAQ untuk pertanyaan umum mengenai pelesenan krew penerbangan dan How to be a Pilot  untuk mendapatkan maklumat kerjaya.

Peperiksaan Krew Penerbangan dijalankan mengikut kaitannya dengan keperluan-keperluan pelesenan juruterbang. Sektor ini merupakan pihak berkuasa yang menyediakan kertas-kertas peperiksaan, pengawasan dan pemarkahan. Sukatan pelajaran bagi peperiksaan krew penerbangan termasuk:

Maklumat Am Pesawat
Undang-undang Udara
Kumpulan Navigasi ATPL
Kumpulan Navigasi CPL
Sukatan Pelajaran PPL
Pemuatan
Prestasi dan Batas Kemampuan Manusia
Kumpulan Prestasi

Borang permohonan peperiksaan yang lengkap disediakan dalam format pdf dan boleh diserahkan melalui pilihan-pilihan yang berikut:

Cetak dan fakskan ke +603 8871 4334 atau

Hantar melalui pos kepada:

Pengarah,
 Sektor Operasi Penerbangan
 Jabatan Penerbangan Awam
 27 Persiaran Perdana
 Aras 2 Blok Podium, Presint 4
 62618 Putrajaya
 Malaysia.

Hantar fail yang disimpan sebagai lampiran melalui e-mel ke exam[at]dca[dot]gov[dot]my

Sijil Operator Udara diperlukan sebagai peruntukan bagi penerbangan berjadual atau tidak berjadual, di samping apa-apa kerja aerial termasuk latihan yang berkaitan dan penyemburan tanaman oleh mana-mana syarikat penerbangan. Sektor Operasi Penerbangan bekerja rapat dengan Sektor Keselamatan Terbang kerana skop kerjanya melibatkan inspektor pesawat dan penilaian prestasi simulator penerbangan.  Deskripsi komprehensif tentang tanggungjawab inspektor didokumentasikan di dalam Flight Operations Surveillance Inspectors (FOSI) Handbook.  Maklumat dan panduan mengenai Pentadbiran Operator Udara dan Sijil Operator Udara didokumentasikan di dalam FOSI Handbook – Volume II AOC. Senarai Surat Pekeliling AOC yang berkaitan boleh didapati di AIC 17-2005.

Sijil Kelulusan diperlukan bagi mana-mana organisasi yang bertujuan mengendalikan aktiviti-aktiviti penerbangan untuk melatih juruterbang pelajar atau bagi tujuan rekreasi.

Pelaporan Kejadian Mandatori  (MOR) scheme membolehkan kakitangan penerbangan mengemukakan laporan-laporan kejadian berhubung dengan keselamatan dan ini disimpan di dalam pangkalan data.  Analisis laporan-laporan ini penting bagi pemantauan dan kajian semula keselamatan.

Penyiasatan Kemalangan dijalankan untuk menentukan faktor-faktor penyumbang kepada sesuatu kemalangan, saranan keselamatan berkaitan yang disyorkan dan tindakan-tindakan pembetulan.

Penentukuran Penerbangan dijalankan untuk menentukan ketepatan dan kebolehpercayaan pelbagai alat bantuan navigasi yang digunakan di ruang udara Malaysia, seperti Sistem Pendaratan Alatan (ILS – Instrument Landing System) dan VOR/DME.  Perkhidmatan ini ditawarkan pada peringkat rantau secara kontraktual.