24 February 2015 by Administrator

 

 

Nor Hafiza Binti Kamardin
Penasihat Undang-undang
Tel.: +603 8871 4216
Faks: +603 8871 4196
E-mel: norhafiza@dca.gov.my

PROFIL

Unit Penasihat Undang-undang ditubuhkan pada bulan April 2003 dengan seorang penasihat undang-undang L48 yang ditugaskan ke Jabatan ini. Pada tahun 2007, dua lagi jawatan L41 telah diluluskan untuk unit ini. Pegawai-pegawai tersebut dipindahkan dan ditempatkan dari pejabat Peguam Negara.

FUNGSI

Fungsi unit ini adalah untuk menasihati DCA mengenai perkara undang-undang yang berkaitan dengan kefungsian jabatan.

PROGRAM & AKITIVITI

Tafsiran Undang-undang
Untuk membantu DCA mentaksirkan undang-undang yang relevan, yang digunapakai dalam menjalankan peranan DCA dalam industri penerbangan.

Penasihat
Untuk menasihati DCA mengenai perkara-perkara undang-undang yang dirujuk dari masa ke semasa.
 
Dokumentasi
Untuk mendraf atau menyemak dokumen-dokumen undang-undang seperti notis, arahan, kontrak, perjanjian dan memorandum persefahaman untuk melindungi kepentingan-kepentingan Jabatan.

Menggubal Undang-undang dan Peraturan-peraturan
Untuk membantu DCA menggubal undang-undang/peraturan-peraturan baru atau meminda undang-undang/peraturan-peraturan.