24 February 2015 by Administrator

 

arif

Muhammad Arif bin Abdullah
Director of Air Transport Division
Tel : +603 8871 4221
Fax : +603 8889 2642
Email : mdarif[at]dca[dot]gov[dot]my

PROFIL

Bahagian Pengangkutan Udara merupakan tumpuan utama bagi perkara-perkara yang berhubung dengan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan perkara-perkara yang merangkumi industri penerbangan antarabangsa secara am. Ia mengkordinasi respons bagi pematuhan terhadap piawaian-piawaian antarabangsa dan obligasi-obligasi lain. Bahagian tersebut bekerja rapat dengan syarikat penerbangan dan pemegang kepentingan lain dalam penerbangan untuk memudahkan kemampanan dan pertumbuhan industri penerbangan awam. Bahagian Pengangkutan Udara juga mengumpulkan dan menyebarkan statistik tentang penerbangan.

FUNGSI

Peranan utama Bahagian Pengangkutan Udara adalah untuk mempromosi industri pengangkutan udara yang mampan, berekonomi dan efisien.

PROGRAM & AKTIVITI

Pengeluaran Lesen Perkhidmatan Udara, Permit Perkhidmatan Udara dan Permit Barangan Berbahaya
Lesen dan permit diperlukan untuk mengangkut penumpang, mel atau kargo untuk sewa dan upah.  Dengan kerjasama pihak Operasi Penerbangan dan Sektor-sektor Keselamatan Terbang, Bahagian tersebut memastikan para operator memenuhi keperluan-keperluan bagi Lesen Perkhidmatan Udara atau Permit Perkhidmatan Udara. Pengeluaran Permit Barangan Berbahaya diselaraskan dengan Sektor Operasi Penerbangan dan Bahagian Keselamatan Penerbangan.

Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
Malaysia adalah negara pejanji ICAO. Bahagian ini bertindak sebagai tumpuan utama bagi perkara-perkara ICAO dan menyelaraskan respons-respons mengenai piawaian dan amalan yang disyorkan, Audit Pemantauan Keselamatan, program-program latihan dan acara-acara berhubung dengan penerbangan.

Penerbangan Antarabangsa
Bahagian ini menyertai pengurusan isu-isu penerbangan seperti liberalisasi, ASEAN dan APEC, pada peringkat rantau dan antarabangsa.

Kelulusan Tambang dan Penerbangan
Selaras dengan amalan antarabangsa, kelulusan diberi untuk penerbangan-penerbangan berjadual bagi jadual musim panas dan musim sejuk.

Statistik dan Data Penerbangan
Statistik dan data yang dikumpulkan termasuk pergerakan pesawat, pergerakan penumpang, kelewatan penerbangan, kargo, mel dan pelaburan.

Isu-isu semasa tentang penerbangan
Bahagian tersebut akan menyelaraskan isu-isu semasa berhubung dengan penerbangan seperti impak terhadap persekitaran dan Influenza A (H1N1).

Syarikat dan pekerjaan
Bahagian ini mengeluarkan saranan bagi penubuhan syarikat penerbangan dan penggajian ekspatriat.