24 February 2015 by Administrator

 

PTU

Ahmad Nizar Zolfakar
Pengarah Sektor Pengurusan Trafik Udara
Tel. : +603 8871 4227
Faks : +603 8881 0510
E-mel : ahmad_nizar[at]dca[dot]gov[dot]my

PROFIL

Sektor Pengurusan Trafik Udara merupakan sektor terbesar dalam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.  Terdapat 775 Pengawal Trafik Udara dan 193 kakitangan pentadbiran dalam sektor ini, yang ditempatkan di seluruh Malaysia. Pengarah Sektor ATM disokong oleh Pengarah Serantau I (Semenanjung Malaysia), Pengarah Serantau II (Sabah), Pengarah Serantau III (Sarawak), Pengarah KLIA dan Pengarah Pusat Kawalan Trafik Udara KL dalam kefungsian sektor tersebut.

Sektor ATM ditadbir dalam dua peringkat; ibu pejabat dan operasi. Ibu pejabatnya terletak di Putrajaya manakala operasi-operasinya ditempatkan di pelbagai stesen di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.  Ruang udara Malaysia dibahagikan kepada Rantau-rantau Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur dan di mana operasi berhubung-kait dengan unit-unit kawalan trafik udara.  Terdapat  2 pusat kawalan trafik udara; di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, sebuah sub-pusat di Kuching di samping 12 Menara Kawalan di Semenanjung Malaysia, 4 di Sabah dan 8 di Sarawak.

FUNGSI

Sektor Pengurusan Trafik Udara bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan trafik udara untuk pengendalian penerbangan yang selamat dan cekap dalam ruang udara Malaysia, mengikut Konvensyen Chicago 1947.  Perkhidmatan Trafik Udara adalah istilah generik dan merangkumi kawalan trafik udara, penasihat, maklumat penerbangan serta perkhidmatan amaran.

PROGRAM & AKITIVITI

Piawaian ICAO dan amalan-amalan yang disyorkan (SARPS) yang berkaitan dengan tanggungjawab sektor ATM adalah yang terkandung dalam

  • Annex 1 – Personnel licensing,
  • Annex 2 – Rules of the Air,
  • Annex 3 – Meteorological Service for International Air Navigation
  • Annex 4 – Aeronautical Charts,
  • Annex 5 – Units of Measurement to be used in Air and Ground Operations,
  • Annex 10 – Aeronautical Telecommunications
  • Annex 11 – Air Traffic Services,
  • Annex 12 – Search and Rescue,
  • Annex 14 – Aerodromes; dan
  • Annex 15 – Aeronautical Information Services.

Dokumen-dokumen relevan yang lain adalah DOC 4444 – Air Traffic Management Procedures for Air Navigation, DOC 9859 – Safety Management System Manual, CIR 314 – Threat and Error Management (TEM), DOC 9910 – Normal Operations Safety Survey (NOSS), Doc 9426 – Air Traffic Services Planning Manual dan DOC 9683 – Human Factors Manual.

Dalam pelaksanaan fungsinya,  Sektor ATM menjalankan pelbagai aktiviti di peringkat ibu pejabat dan peringkat operasi, termasuk:

Ibu pejabat:

  • Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP)
  • Perkhidmatan Maklumat Aeronautik (AIS)
  • Pengurusan dan Perancangan Ruang Udara
  • Kemudahan Pengawasan, Navigasi dan Komunikasi (CNS)
  • Pengutipan Caj Kemudahan Navigasi Udara (ANFC).
  • perkembangan prosedur-prosedur penerbangan
  • Had Pelepasan Halangan (OCL)
  • pengurusan bahagian sumber manusia,
  • perkembangan prosedur-prosedur ATC
  • pengurusan keselamatan

Operasi-operasi

  • Melatih Pengawal Trafik Udara
  • Perkhidmatan Radar Kawal Sua (Approach Radar Control)
  • Perkhidmatan Radar Kawal Kawasan (Area Radar Control)
  • Perkhidmatan Kawal Prosedur Sua (Approach Procedure Control)
  • Perkhidmatan Kawal Prosedur Kawasan (Area Procedure Control)
  • Perkhidmatan Kawalan Aerodrom
  • Perkhidmatan Maklumat Penerbangan
  • Perkhidmatan Mudah Alih Aeronautik
  • Perkhidmatan Pengkoordinatan Cari dan Selamatkan