22 February 2016 by Administrator

Soalan dan Jawapan berikut berkait dengan Lesen Juruterbang.

  1. Saya telah bertukar alamat. Bagaimanakah cara untuk memberitahu DCA?

Perubahan alamat hendaklah diberitahu secara bertulis menerusi surat atau faks. Anda hendaklah menyatakan Nombor Lesen ATPL/CPL/PPL dan Kad Pengenalan bersama dengan alamat baharu anda. Perubahan alamat juga boleh dibuat apabila anda membaharui lesen anda kemudian.

  1. Lesen saya telah dicuri atau hilang. Bagaimanakah cara menggantikannya?
  2. Buat Laporan Polis.
    2. Kemukakan permohonan baharu berserta Laporan Polis supaya DCA dapat mengeluarkan lesen baharu.
  3. Bayar fi pemprosesan sebanyak RM20.00.
  4. Bolehkah saya terus menerbangkan pesawat sebelum lesen baharu dikeluarkan?

Boleh, setelah memperoleh lesen sementara yang sah di Malaysia sahaja.

  1. Buku log saya hilang. Apakah yang patut saya lakukan?
  2. Buat Laporan Polis.
    2. Kemukakan permohonan bertulis berserta Laporan Polis, serta huraikan dengan terperinci jam penerbangan anda sebaik mungkin. Jam penerbangan hendaklah dinyatakan mengikut kategori yang berkaitan dengan syarat lesen yang terpakai. Perkara ini perlu supaya DCA dapat mengesahkan dan memperakui pengalaman terbang anda dalam buku log baharu anda.
  3. Apakah pengalaman yang diperlukan untuk pengeluaran lesen juruterbang?

Bagi PPL – menurut sukatan pelajaran latihan penerbangan, anda mesti menyempurnakan minimum 40 jam waktu penerbangan, yang hendaklah dilakukan dalam kapal terbang Kumpulan A yang dilengkapi dengan kawalan dual. Sukatan pelajaran latihan mestilah merangkumi sekurang-kurangnya:

  1. 10 jam sebagai PIC menurut arahan yang diberikan oleh Jurulatih Penerbangan atau Pembantu Jurulatih Penerbangan;
  2. 20 jam sebagai P U/T bersama Pembantu Jurulatih Penerbangan (AFI) atau Jurulatih Penerbangan (FI) yang mestilah termasuk:

(1) Empat jam latihan tentang Penerbangan Alatan;
(2) Dua jam latihan tentang navigasi juruterbang; dan
(3) Dua jam latihan kesedaran dan pengelakan pegun (stall) dan putaran (spin) yang satu jam daripadanya mestilah disempurnakan dalam tempoh sembilan bulan sebelum tarikh permohonan lesen diterima.

  1. Ujian Penerbangan PPL.

Bagi CPL (A/H) – Pemohon mestilah mengemukakan bukti bahawa:

  1. Dia kini sedang menjalani latihan penerbangan, layak dan berkhidmat sebagai juruterbang dalam TUDM dengan sekurang-kurangnya 200 jam penerbangan.
  2. Jika dia belum menyempurnakan kursus latihan penerbangan dan latihan secara teori sepenuh masa yang diluluskan, dia mestilah mencatatkan sekurang-kurangnya 500 jam penerbangan.
  3. Dalam kes graduan kursus latihan yang diluluskan – minimum 155 jam penerbangan diperlukan.

Bagi ATPL (A) – Pengalaman terbang minimum yang diperlukan untuk pemberian ATPL ialah 1500 jam penerbangan.

Bagi ATPL (H) – Pengalaman terbang minimum yang diperlukan untuk pemberian ATPL ialah 1000 jam penerbangan.

Catatan Masa Penerbangan Tentera

DCA mengiktiraf dan menerima masa penerbangan Tentera atas dasar satu dengan satu.

  1. Apakah peraturan berkenaan pengangkutan penumpang dengan lesen PPL?

Pemegang lesen PPL hanya boleh membawa penumpang tanpa hasil (non-revenue passengers) (MCAR 1996, Jadual Lapan, Bahagian A 2. (3) (a)).

  1. Saya sudah lama tidak terbang dan ingin terbang semula. Apakah yang perlu saya lakukan?

Keperluan latihan dan ujian untuk mengesahkan semula Lesen Juruterbang berbeza-beza bergantung pada penerbangan terakhir anda sebagai Kapten (Pilot-in-Command).

Bagi PPL:

  1. Pemohon yang Sijil Ujian atau Perakuan Pengalamannya yang terkini telah tamat tempoh kurang daripada lima tahun dikehendaki lulus ujian penerbangan penilaian pesawat. Perkara yang diperlukan akan ditentukan oleh Pemeriksa Yang Diberi Kuasa (AE) dan dipersetujui oleh DCA;
  2. Jika tamat tempoh melebihi lima tahun, tetapi kurang daripada 10 tahun, syaratnya adalah lulus peperiksaan teori dalam Undang-undang Udara Malaysia, HPL dan Teknologi Jenis Pesawat, serta lulus ujian penerbangan Penilaian Pesawat.
  3. Jika tamat tempoh melebihi 10 tahun, pemohon perlu lulus semua peperiksaan teori yang dikehendaki dan lulus ujian penerbangan Penilaian Pesawat.

Bagi CPL/ATPL:

  1. Jika tamat tempoh kurang daripada lima tahun, pengesahan akan ditentukan oleh operator, termasuk memenuhi semua keperluan latihan dan ujian MCAR 1996.
  2. Jika tamat tempoh melebihi lima tahun, penilaian keperluan latihan dan ujian mestilah diperoleh daripada DCA.
  3. Adakah pemegang lesen PPL selain lesen PPL Malaysia mendapat apa-apa kredit daripada peperiksaan PPL/penerbangan PPL?

Ya. Pemegang lesen PPL asing hanya dikehendaki:

  1. Lulus peperiksaan Undang-undang Udara Malaysia, peraturan dan prosedur penerbangan (kecuali pemegang lesen Singapura dan UK, serta mana-mana negara lain yang menerima pakai kertas peperiksaan UK CAA)
  2. Lulus peperiksaan HPL.
  3. Lulus ujian penerbangan PPL yang dijalankan oleh pemeriksa DCA.
  4. Memegang sijil Perubatan Malaysia Kelas 1 atau Kelas 2.

 

  1. Bagaimanakah cara menukar lesen CPL(A)/ATPL(A) asing kepada lesen Malaysia?

Syarat penukaran bagi setiap pemohon seperti yang ditentukan oleh DCA mengambil kira yang berikut:

  1. Jumlah dan jenis pengalaman terbang serta pengalaman terbang terakhir pemohon.
    b. Jawatan (kapten/pembantu juruterbang) dan jenis pesawat yang pernah diterbangkan oleh pemohon.
    c. Jenis pesawat yang akan diterbangkan oleh pemohon di bawah tajaan Operator Penerbangan Malaysia.
    d. Keadaan yang membawa kepada pengeluaran lesen asing tersebut, contohnya, lesen asing tersebut dikeluarkan berdasarkan lesen lain; pengalaman ketenteraan terdahulu; pengecualian, jika ada, yang diberikan oleh pihak berkuasa pengeluar dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FOCN (Notis No. 3).

  1. Bagaimanakah cara untuk membaharui lesen juruterbang profesional?

Kesahan lesen anda adalah berdasarkan tarikh tamat tempoh sijil perubatan anda. Namun begitu,  juruterbang bertanggungjawab memastikan kesahan pelbagai Sijil Ujiannya supaya hak keistimewaan lesen dapat digunakan.

Bagi ATPL (A), Penilaian Alatan yang sah diperlukan untuk membaharui lesen.

  1. Berapakah bayaran untuk membaharui lesen saya?
  2. Untuk tempoh enam bulan – RM31.00.
    2. Untuk tempoh 12 bulan – RM61.00.
  3. Berapakah bayaran untuk IR dan pengesahan Jenis?
  4. IR sah untuk tempoh 13 bulan – RM251.00 setahun.
    2. Pengesahan jenis– RM251.00 bagi setiap jenis pesawat.
  5. Adakah kesahan lesen saya dibaharui secara automatik apabila sijil perubatan saya dibaharui?

Tidak. Lesen anda hanya sah setelah dicap di DCA, ditandatangani dan bayaran fi dibuat.

  1. Perlukah saya datang ke DCA setelah selesai pengesahan jenis awal dan IR?

Ya. Hanya DCA FOSI boleh menandatangani lesen anda untuk pengesahan jenis awal. AE boleh menandatangani IR.

  1. Perlukah pengalaman saya dinilai sebelum memulakan latihan untuk lesen profesional?

Tidak. Walau bagaimanapun, anda dikehendaki melengkapkan borang penilaian semasa lesen diberikan.

  1. Apa yang akan terjadi kepada peperiksaan teori ATPL jika saya tidak dapat memenuhi syarat untuk ATPL Malaysia?

Tempoh sah peperiksaan ialah satu (1) tahun dari tarikh anda lulus peperiksaan hinggalah sijil ATPL sebenar dikeluarkan. Walau bagaimanapun, tempoh lima (5) tahun diberikan untuk anda mencapai jam penerbangan yang ditetapkan.

  1. Adakah terdapat sekolah yang diluluskan untuk peperiksaan teori CPL/ATPL Malaysia pada masa ini?

Ya. Pemohon boleh mendaftar di Organisasi Latihan Penerbangan (FTO) seperti Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) untuk belajar dan menduduki peperiksaan CPL/ATPL UKCAA. Perlu dinyatakan bahawa jika pemohon lulus peperiksaan ini, pemohon boleh memohon lesen CPL/ATPL Malaysia yang terhad  kepada kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia sahaja. MFA boleh dihubungi di talian berikut: 06-317 4026 atau 06-317 4834.

  1. Siapakah yang boleh menandatangani Sijil Ujian/Perakuan Pengalaman saya?

DCA FOSI atau AE boleh menandatangani Sijil Ujian/Perakuan Pengalaman.