24 February 2015 by Administrator

Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM) akan menyediakan piawaian keselamatan tertinggi yang munasabah dalam organisasi yang dirancang, disediakan dan dikendalikannya dengan mengenalpasti serta meminimumkan risiko-risiko yang timbul hasil aktiviti-aktiviti DCAM, ke tahap yang dianggap rendah lagi munasabah .

DCAM akan menganggap keselamatan organisasi sebagai pertimbangan yang paling penting dalam keseluruhan aktiviti-aktivitinya.

Keselamatan membentuk bahagian peruntukan yang penting bagi sistem pengangkutan udara yang efisien lagi berkesan. Semua pengurus bertanggungjawab untuk prestasi tugasan masing-masing.

DCAM akan terus menggunapakai piawaian keselamatan eksplisit yang mematuhi kewajiban berkanun dan keperluan-keperluan keselamatan bahagian kawal selia.

DCAM akan memperkembangkan budaya dalam kalangan pengurus dan kakitangan yang memupuk pemahaman yang meningkat tentang kepentingan keselamatan dalam semua aktiviti kami dan hasil tanggungjawab setiap individu. Ia akan menyediakan persekitaran, sokongan dan latihan yang diperlukan untuk mencapai matlamat ini.

DCAM akan memastikan bahawa sistem-sistem dan teknologi yang digunakan, sama ada dihasilkan secara dalaman ataupun dibeli dari luar, menepati piawaian keselamatan sistem yang dinyatakan dengan sewajarnya. Demikian juga , ia akan memastikan bahawa penyelenggaraan sistem-sistem ini dijalankan oleh sub-kontraktor yang menepati keperluan dan piawaian keselamatan DCAM.

Ketua Pengarah

1 Feb 2015