24 February 2015 by Administrator

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Penerbangan Awam (DCA)

DCA ditubuhkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan cekap, dengan aliran teratur, di samping mengawal selia aktiviti-aktiviti penerbangan di Malaysia. Perkembangan pesat sektor penerbangan Malaysia dan industri pengangkutan udara sebahagian besarnya hasil pendekatan pragmatik yang diambil oleh DCA dalam memastikan pematuhan terhadap piawaian dan amalan yang disyorkan oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Laman web kami direka bentuk agar informatif bagi penguasa industri dan masyarakat awam untuk mengakses maklumat mengenai industri penerbangan. Adalah diharapkan laman web ini banyak memberi manfaat.