7 March 2018 by Azlin

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah menjadi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia sebagai Badan Berkanun Persekutuan pada 19 Februari 2018.

Ybhg. Dato’ Sri Azharuddin Abdul Rahman telah dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Encik Ahmad Nizar Zolfakar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Sehubungan dengan itu, segala urusan surat menyurat hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia
No. 27 Persiaran Perdana, Precint 4,

Aras 1 – 4 Blok Podium
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62618 PUTRAJAYA